Mangsa banjir boleh minta tangguh bayar pinjaman BSN

26

10 JAN: Pelangggan-pelanggan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terjejas akibat bencana banjir di beberapa negeri ketika ini boleh memohon penangguhan bayaran ansuran pinjaman selama enam bulan di bawah pelan Bantuan Banjir sekiranya mereka layak.

Menurut Ketua Pegawai Operasi BSN, Kameel Abdul Halim berkata, pelan itu diwujudkan khusus bagi mengurangkan beban yang ditanggung mereka.

Beliau berkata, BSN sedia maklum mengenai kesukaran yang dialami akibat hujan lebat dan banjir di luar jangkaan, terutamanya di negeri-negeri di pantai timur yang menyebabkan banyak rumah, kenderaan, perniagaan dan sebagainya terjejas sehingga memberi kesan kepada urusan harian dan sumber pendapatan mereka.

“Kami memahami bahawa sesetengah pelanggan memerlukan penangguhan dalam melaksanakan tanggungjawab kewangan mereka pada saat-saat genting seperti ini.

“Pihak bank akan memproses dan menilai setiap permintaan mengikut keadaan masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelanggan-pelanggan BSN yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang pelan Bantuan Banjir boleh melayari.

Mereka juga boleh menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan BSN di talian 1-300-88-1900 atau emel kepada [email protected]

Get real time updates directly on you device, subscribe now.