KSM bantu 320 mangsa banjir sekitar Mersing

28

10 JAN: Seramai 320 orang mangsa banjir mampu menarik nafas lega setelah menerima bantuan bencana daripada Kementerian Sumber Manusia.

Sumbangan itu disampaikan oleh Menterinya, Datuk Seri M Saravanan kepada 85 keluarga yang ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) sekitar Mersing, Johor.

KSM menerusi kenyataan media hari ini memaklumkan, lima PPS yang terlibat adalah Politeknik Mersing, Sekolah Kebangsaan (SK) Air Tawar, SK Labong, SK Triang dan SK Bandar Endau.

“Misi bantuan ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilaksanakan oleh KSM bersama agensi-agensi di bawahnya iaitu Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB),

“Ia turut membabitkan CSR daripada Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) dan Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp),” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.