BNM catat rizab antarabangsa AS$107.6 bilion

64

10 JAN: Bank Negara Malaysia (BNM) mencatatkan rizab antarabangsa sebanyak AS$107.6 bilion pada 31 Disember lalu, peningkatan berbanding AS$105.7 bilion pada 15 Disember.

Menurut BNM, paras rizab itu mencukupi untuk membiayai 8.6 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

“Paras rizab ini telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing,” kata bank pusat itu dalam satu kenyataan.

BNM menambah, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$99.7 bilion), paras rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR:AS$1.2 bilion), emas (AS$2.4 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.9 bilion).

Jelas BNM, aset-aset itu terdiri daripada emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR berjumlah RM432.24 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM11.14 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.99 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM17.52 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM19.84 bilion).

BNM menambah, modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM170.45 bilion), mata wang dalam edaran (RM130.42 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM146.03 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM3.65 bilion), deposit-deposit lain (RM15.05 bilion), kertas Bank Negara (RM9.61 bilion), peruntukan SDR (RM7.79 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM4.81 bilion).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.