Raja Salman terima suntikan dos pertama vaksin Covid-19

26

9 JAN : Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud semalam menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 semalam.

Agensi Berita Saudi (SPA) memaparkan dua gambar dan sebuah video pendek dalam Twitter yang menunjukkan seorang profesional penjagaan kesihatan sedang menyuntik vaksin itu pada Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

Setakat ini, Arab Saudi melaporkan 363,582 jangkitan dan 6,282 kematian akibat COVID-19.

Sejak Disember 2019, wabak itu telah meragut lebih 1.9 juta nyawa di 191 negara dan rantau seluruh dunia.

Secara global hingga kini, lebih 88.58 juta jangkitan dilaporkan dengan lebih 49.28 juta pesakit berjaya sembuh, menurut perangkaan dikumpulkan Universiti Johns Hopkins di Amerika Syarikat (AS).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.