KKM cadang hadkan pergerakan rentas daerah, negeri

192

9 JAN : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi data jangkitan Covid-19 di negara ini mendapati, peningkatan mendadak jangkitan virus tersebut kebelakangan ini membabitkan kes-kes rentas daerah dan negeri.

Kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, sehubungan itu, KKM memberi cadangan supaya prosedur standard operasi (SOP) diperketatkan termasuk menghadkan rentas daerah dan negeri.

“KKM dapati faktor utama kes meningkat mendadak adalah ketidakpatuhan kepada SOP yang sudah digariskan ketika pembukaan semula sektor ekonomi baru-baru ini.

“Berdsasarkan faktor itu kita dapat lihat kes semakin meningkat di negeri atau daerah padat penduduk seperti Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Pulau Pinang dan Sabah,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.