Bekalan air di Petaling, Hulu Langat kembali pulih

9

9 JAN : Bekalan air di Kuala Lumpur, Petaling dan Hulu Langat yang mengalami gangguan tidak berjadual berikutan kerja-kerja pemasangan paip pembentungan semalam pulih sepenuhnya pada 6 petang tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

“Air Selangor memohon kerjasama pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera.

“Pengguna disaran mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang Air Selangor di www.airselangor.com,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Gangguan bekalan air itu berlaku disebabkan kejadian paip pecah di Jalan Sering, Taman Sungai Sering di Cheras.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.