319 kluster tamat, 257 kluster masih aktif

89

8 JAN : Sebanyak 319 kluster telah ditamatkan termasuk tiga hari ini, manakala 257 kluster masih aktif dan 57 kluster pula melaporkan pertambahan kes hari ini, kata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (374 kes), Kluster Jalan Klinik (132 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes).

Sementara itu, kata beliau lagi, KKM hari ini mengesan enam kluster baharu menjadikan jumlah keseluruhan kluster terkini sebanyak 576 kluster.

“Enam kluster baharu yang dikesan KKM hari ini ialah Kluster Jalan Klinik iaitu kluster tempat kerja melibatkan daerah Klang di Selangor.

“Satu lagi kluster tempat kerja, Kluster Tapak Bina Hevea pula melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kluster Bukit Belimbing yang juga kluster tempat kerja turut dikesan melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor.

“Manakala Kluster Kauran pula melibatkan daerah Keningau di Sabah,” ujarnya menerusi kenyataan media Covid-19 hari ini.

Tambahnya, dua lagi kluster, iaitu Kluster Kapital melibatkan daerah Lembah Pantai dan Kluster Setapak Indah melibatkan daerah Titiwangsa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.