Zahid lawat mangsa banjir, doa bencana cepat reda

129

7 JAN: Mangsa-mangsa banjir di beberapa lokasi di Pahang termasuk mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dong di Raub menerima kunjungan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut menyampaikan bantuan kepada mereka.

“Saya amat bersimpati dan mendoakan semoga semua keluarga mangsa akan segera dapat kembali pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam hantaran Facebook.

Ahmad Zahid turut disertai pemimpin-pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) seperti Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Ahmad Maslan serta Pengerusi Jawatankuasa Bencana dan Kebajikan UMNO, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau menambah, Shahidan akan melaksanakan pengagihan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

“Sama-sama kita berdoa agar bencana banjir akan reda di seluruh negara,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.