Gangguan bekalan air 36 lokasi sekitar Selangor

7 JAN: Sebanyak 36 kawasan di Shah Alam, Klang dan Petaling dijangka mengalami gangguan bekalan air berjadual mulai jam 9 pagi, 12 hingga 14 Januari ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, gangguan bekalan air itu berpunca daripada kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan sebuah kilang berhampiran Persiaran Selangor, Seksyen 15, Shah Alam mulai jam 9 pagi, 12 Januari ini.

Berikutan itu sebanyak 22 kawasan di Wilayah Shah Alam, empat kawasan di Wilayah Klang dan 10 kawasan di Wilayah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual mulai jam 9 pagi, pada 12 Januari hingga 9 pagi, 14 Januari 2020.

“Tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem pengagihan.

“Air Selangor menasihatkan pengguna terjejas supaya menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakannya secara berhemah sepanjang tempoh berkenaan,” kata Air Selangor dalam satu kenyataan melalui Facebook.

Air Selangor berkata pelaksanaan kerja-kerja berkenaan membolehkan sistem bekalan air berada dalam optimum.

air

Katanya penambahbaikan infrastruktur ini juga membolehkan usaha Air Selangor memberi pengalaman perkhidmatan terbaik kepada pengguna pada masa depan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.