Bersatu umum kenyataan rasmi esok

374

6 JAN: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mengeluarkan kenyataan rasmi esok berhubung agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat malam tadi.

Muhyiddin berkata, pelbagai isu telah dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, namun beliau enggan mengulas dengan lebih lanjut kepada pemberita berhubung perkara yang dibincangkan itu.

“Setiausaha Agung akan mengeluarkan kenyataan rasmi, kita bincangkan banyak perkara, ” katanya ringkas kepada media ketika ditemui selepas selesai Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Ibu Pejabat parti itu di Yayasan Selangor, hari ini.

Terdahulu Muhyiddin tiba di ibu pejabat Bersatu, Petaling Jaya pada pukul 8.25 malam bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu dan tamat kira-kira 11.45 malam tadi.

Turut hadir, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Zuraida Kamarudin dan Naib Ketua Srikandi Bersatu, Datuk Mas Erniyati Samsudin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.