9 kluster baharu,52 Kluster catat peningkatan kes

27

7 JAN : Kementerian Kesihatan Malaysia mengesansembilan lagi kluster baharu  menjadi jumlah keseluruhan kluster adalah sebanyak 570 kluster, di mana 316 kluster telah ditamatkan termasuk tujuh kluster hari ini.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 254 kluster masih lagi aktif dan 52 kluster pula mencatatkan rekod pertambahan kes baharu.

“Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Bukit Pasir sebanyak 779 kes, Kluster Dataran Utas sebanyak 156 kes dan Kluster Beringin sebanyak 101 kes.

“KKM turut mengesa sembilan lagi kluster baharu yang melibatkan negeri Johor, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Sarawak,” jelasnya menerusi kenyataan media harian Covid-19 hari ini.

Sembilan kluster baharu tersebut ialah, Kluster Senai Murni iaitu kluster tempat kerja yang melibatkan daerah Kulai Di Johor, Kluster Damai Pelang di daerah Hulu Selangor dan Kluster Tapak Bina Hartamas di Hulu Langat Selangor.

‘Manakala Kluster Tapak Bina Jalan Ipoh dan Kluster Rungkup pula melibatkan daerah Kepong Kuala Lumpur.

“Kluster Desa Setapak melibatkan daerah Titiwangsa dan Kluster Jalan Jaya melibatkan daerah Cheras, Kuala Lumpur, Kluster Ziarah Putra melibatkan Wilayah Putrajaya dan Kluster Keranji Tabuan melibatkan daerah Kuching,” ujarnya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.