3,027 kes baharu, tertinggi sepanjang pandemik

96

7 JAN : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari mengesan sebanyak 3,027 kes baharu, sekaligus menjadikan rekod angka tertinggi sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara hari ini.

KKM menerusi satu kenyataan di  facebook rasminya berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif mencecah 128,465 jangkitan dengan 25,221 kes aktif.

“Daripada jumlah itu, 3,021 adalah kes penularan tempatan, manakala enam lagi adalah kes import.

“Dukacita dimaklum terdapat lapan kes kematian hari  ini menjadikan jumlah kumulatifnya kepada 521 kes setakat ini.

“Terdapat 142 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 63 kes lagi menggunakan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu, kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 2,145 kes, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh bertambah kepada 102,723 orang di seluruh negara.

“Daripada jumlah kes baharu hari ini, Johor merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,103 jangkitan baharu, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan di negeri itu meningkat kepada 9,002 kes.

“Pertambahan kes harian turut dicatatkan di Selangor dengan 706 kes dan Sabah iaitu 494 kes,” jelas kenyataan itu lagi.

Setakat ini, Perlis menjadi satu-satunya negeri yang tidak mencatatkan sebarang kes COVID-19 hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di negeri itu kekal kepada 47 kes.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.