Nelayan terkejut jumpa banduan bogel dalam paya

275

6 JAN: Dua orang nelayan terkejut besar apabila menemukan seorang banduan dalam keadaan berbogel sedang bersembunyi di atas pokok dalam kawasan paya yang dipenuhi buaya di Darwin, Australia.

Memetik laporan Nine News, Kevin Joiner dan Cam Faust mendapati tubuh lelaki terbabit diselaputi lumpur dan mempunyai kesan gigitan nyamuk.

Banduan itu meminta tolong daripada mereka dan difahamkan, dia telah bersembunyi di kawasan paya bakau itu serta hanya memakan siput untuk mengisi perutnya.

“Kami tidak tahu bagaimana dia boleh sampai ke sini. Kami ingatkan dia mungkin berparti pada malam tahun baharu dan berbuat sesuatu perkara yang nakal dalam semak,” kata Joiner.

Joiner menambah, banduan itu dalam kehausan yang amat sangat dan memberitahu dia sesat dalam kawasan tersebut.

Mereka seterusnya memberi lelaki itu seluar pendek dan bir.

Sebaik sahaja tiba di sebuah hospital, dia ditahan oleh polis kerana disyaki melarikan diri dari ikat jamin atas kesalahan rompakan bersenjata.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.