Bank Rakyat salur RM500,000 bantu mangsa banjir

38

6 JAN: Bantuan khas bernilai RM500,000 daripada Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat) akan membantu meringankan beban mangsa banjir di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bantuan khas itu berbentuk barangan keperluasan asas dan ubat-ubatan.

Menurut beliau, pengagihan akan dibuat kepada mangsa banjir di sekitar kawasan yang terjejas termasuk Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Selangor dan Johor.

“Inisiatif Bank Rakyat itu membuktikan institusi perbankan berkenaan sentiasa komited dalam melaksanakan usaha bagi memulangkan semula keuntungan bank yang diperoleh saban tahun kepada masyarakat khususnya kepada golongan asnaf dan B40.

“Semoga menerusi bantuan ini lebih 20,000 mangsa banjir iaitu daripada lebih 6,000 buah keluarga di sekitar kawasan yang terjejas dapat meneruskan kegiatan harian mereka seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.