ATM serahkan Hospital Tawau kepada KKM

6 JAN :  Hospital Medan Tawau hari ini diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), kata Panglima 13 Briged Infantri, Jeneral Abdul Razak Hussain.

Menurut beliau, ATM berjaya melaksanakan objektif bagi membantu Hospital Tawau merawat kes-kes bukan COVID-19 dan sejak 20 Okt lalu, seramai 1,366 pesakit telah menerima rawatan.

“Bantuan pasukan pembedahan ATM berjaya mengurangkan tempoh menunggu bagi pesakit kes-kes kanser di Pantai Timur Sabah untuk menjalani pembedahan kuratif dan paliatif,”

“Setakat ini, pihak ATM berjaya melaksanakan 36 kes bersifat kecemasan, semi-elektif dan elektif,” ujarya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Hospital Medan ATM membabitkan Komander Hospital Medan Tawau Kolonel Dr Shamsul Bahary Muhamad kepada Pengarah Hospital Tawau Dr Norlimah Arsad di sini.

Abdul Razak seterusnya berkata, ATM akan sentiasa memberi kerjasama kepada KKM dalam usaha untuk memastikan kebajikan pesakit terbela, terutamanya sewaktu pandemik COVID-19.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.