ADUN DAP Malim Nawar masuk MCA?

382

6 JAN: Jawatankuasa Disiplin DAP telah mengeluarkan surat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Malim Nawar, Leong Cheok Keng berhubung laporan media tentang penyertaannya dalam MCA.

Pengerusinya, Chong Chien Jen berkata, di bawah Perlembagaan DAP, seseorang ahli parti terbatal keahliannya jika menyertai parti politik lain.

Menurut beliau, tindakan memohon keahlian parti lain dianggap sebagai mengkhianati DAP.

“Perlembagaan DAP juga memberi kuasa kepada Jawatankuasa Disiplin untuk bertindak terhadap mana-mana ahli yang mengambil tindakan bercanggah dengan kepentingan parti.

“Jawatankuasa Disiplin sedang menunggu maklum balas Cheok Keng dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Setakat ini, masih belum ada pengesahan daripada Cheok Keng dan MCA berhubung laporan sebuah akhbar berbahasa Cina itu.

Laman Facebook Cheok Keng juga ‘diserang’ oleh beberapa individu dipercayai penyokong DAP yang kesal dengan desas-desus beliau menyertai MCA. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.