Tiga penulis blog prodemokrasi Vietnam dihukum penjara

42

5 JAN : Tiga penulis blog prodemokrasi Vietnam ditahan pihak berkuasa negara itu atas tuduhan anti negara beberapa minggu menjelang kongress parti komunis di negara tersebut.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, rejim yang memegang tampuk kuasa menahan ramai pengkritik serta meningkatkan tindakan kerasnya terhadap golongan itu.

Tiga pengkritik yang merupakan ahli dalam Persatuan Wartawan Bebas Vietnam (IJAV) dipenjara kerana dituduh membuat dan menyebarkan maklumat menentang Vietnam.

Pham Chi Dung, 54, ahli Pengasas dan Presiden IJAV dihukum penjara 15 tahun, manakala veteran tentera, Nguyen Tuong Thuy, 69, dan Le Huu Minh Tuan, masing-masing dihukum penjara 11 tahun.

AFP melaporkan, peguam Nguyen Van Mieng  mengakui menulis artikel  menyokong kebebasan bersuara dan demokratik lain tetapi menafikan menyebarkan maklumat menentang rejim komunis.

Kumpulan hak asasi manusia antarabangsa mengkritik keras tindakan kerajaan Vietnam terhadap tiga individu tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.