Skuad Sabil Pemuda UMNO dikerah bantu mangsa banjir

43

5 JAN: Lebih 2,000 anggota sukarelawan Skuad Sabil Pemuda UMNO dari seluruh Semenanjung Malaysia dikerah untuk membantu orang ramai terjejas teruk akibat banjir di tiga negeri terutamanya Pahang, Johor dan Terengganu.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, gerak kerja sukarelawan berkenaan akan diselaraskan bersama dengan Pemuda UMNO negeri dan Skuad Sabil negeri yang juga terlibat dalam Jawatankuasa Bencana Kerajaan di peringkat Negeri khususnya Pahang dan Johor.

Beliau berkata, antara fokus gerak kerja termasuk untuk membantu kerja-kerja sukarela di pusat pemindahan sementara (PPS), kerja-kerja pembersihan pasca banjir termasuk tempat-tempat awam seperti sekolah, masjid, rumah ibadah, balai raya dan rumah mangsa banjir.

“Kami juga mengalu-alukan sebarang sumbangan orang ramai untuk membantu kerja-kerja amal kebajikan Skuad Sabil dan Sukarelawan Pemuda UMNO Malaysia.

“Sumbangan anda boleh disalurkan ke akaun PEMUDA UMNO MALAYSIA CIMB BANK BERHAD 8000632311.

“Semoga bantuan anda akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia yang dilanda musibah ketika ini,” katanya. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.