RM16.6 juta kos sedia peralatan menyimpan vaksin Covid-19

25

5 JAN: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan akan membelanjakan peruntukan berjumlah RM16.6 juta untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan peralatan bersesuaian bagi penyimpanan vaksin Covid-19 keluaran syarikat farmaseutikal Pfizer-BioNTech yang akan tiba di Malaysia, tidak lama lagi

Jelasnya, kos berkenaan merangkumi pembelian 55 penyejuk beku ultra suhu rendah yang berharga RM70,000 hingga RM80,000 setiap satu bagi membolehkan botol vaksin berkenaan disimpan di suhu bawah -70 darjah Celsius.

“Kerajaan mengenal pasti 55 lokasi di kawasan bandar untuk penyimpanan vaksin Pfizer-BioNTech kerana ia perlu disimpan dalam suhu yang sejuk melampau, manakala AstroZeneca adalah bagi kawasan luar bandar kerana ia boleh menggunakan penyejuk beku biasa.

“Justeru, kita sudah meluluskan pembelian penyejuk beku suhu rendah, peti sejuk dan bekalan perubatan berkaitan bagi rangkaian sejuk dan ultra sejuk berharga RM16.6 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas memberi keterangan dalam prosiding bersama Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di Parlimen, hari ini.

Kata Khary lagi,walaupun mengikut perjanjian Pfizer akan menampung segala kos penghantaran, namun kos penyimpanan vaksin berkenaan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia sendiri.

“Pfizer menyampaikannya sampai ke tahap vaksinasi tetapi penyimpanan menjadi tanggungjawab kita,”jelasnya,

Terdahulu, Khairy menjelaskan beliau bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba serta Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Noor Hisham Abdullah, sebentar tadi, mendedakan kos sebenar pembelian vaksin Pfizer-BioNtech dan AstraZeneca kepada PC dalam prosiding berlangsung hampir tiga jam di Parlimen hari ini.

Khairy berkata beliau dan Dr Adham selaku Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) memaklumkan perkara itu dalam prosiding rasmi PAC mengenai perolehan vaksin dan penggunaannya terhadap rakyat.

“Disebabkan tidak dapat mengumumkan harga secara teliti bagi setiap pembelian walaupun kita sudah umum harga keseluruhan tetapi saya membuat keputusan, dalam prosiding PAC, saya sudah mendedahkan harga pembelian kita secara terperinci.

“Saya juga mendedahkan dokumen kontrak antara syarikat Pfizer dan AstraZeneca bersama dengan kerajaan Malaysia kepada PAC tadi,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.