PN lantik Pengerusi negeri, Muhyiddin ketuai Johor

382

5 JAN: Perikatan Nasional (PN) telah melantik pengerusi-pengerusi badan perhubungan negerinya di seluruh negara.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi kepercayaan untuk menjadi Pengerusi Badan Perhubungan PN Johor.

Senarai penuh seperti yang disiarkan dalam laman Facebook Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin adalah seperti berikut:

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Johor, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kelantan, Datuk Ahmad Yakob

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Sabah, Datuk Hajiji Noor

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Sembilan, Datuk Eddin Syazlee Shith

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Pulau Pinang, Datuk Shabudin Yahaya

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Perlis, Mohd Shukri Ramli

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan, Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya.

Perikatan Nasional

Get real time updates directly on you device, subscribe now.