Pertemuan Ketua UMNO Bahagian alternatif konvensyen parti

165

5 JAN : Pertemuan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama ketua-ketua UMNO bahagian hari ini merupakan alternatif kepada konvensyen parti  bagi memperhalusi setiap usul-usul Bahagian yang akan dibawa ke Perhimpunan Agung UMNO, jelas Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Menurut beliau, pertemuan tersebut dijadikan alternatif kepada konvensyen parti, memandangkan keperluan mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang sedang berjalan.

“Pertemuan ini adalah amalan lazim untuk kepimpinan tertinggi mendengar dan memperhalusi suara akar umbi sebelum sebarang usul dibawa secara rasmi ke Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Perhimpunan Agung UMNO untuk dibahas dan diputuskan,” jelasnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Ahmad turut memaklumkan, sebanyak 189 Bahagian termasuk jumlah yang sama bagi sayap-sayap Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri UMNO telah berjaya menyelesaikan Mesyuarat Perwakilan masing-masing sebagaimana tuntutan Perlembagaan (kecuali Tanah Merah yang digantung dan Tuaran bersidang minggu ini).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.