PAC puas hati isu perolehan, penggunaan vaksin Covid-19

8

5 JAN: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berpuas hati dengan keterangan dan penjelasan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung isu perolehan dan penggunaan vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia.

Menurutnya, PAC tidak akan berkompromi dengan prinsip ketelusan dalam menjalankan peranannya dan pada masa sama menjaga kepentingan negara serta menghormati perjanjian yang sudah dimeterai.

Katanya lagi, prosiding ini selari dengan hasrat PAC untuk memastikan perbelanjaan kerajaan benar-benar telus demi manfaat rakyat secara keseluruhannya.

“Pada masa sama, PAC juga mengambil maklum mengenai terdapatnya perjanjian kerahsiaan (NDA) antara kerajaan dengan syarikat pengeluar vaksin COVID-19,” jelasnya menerusi satu kenyataan, hari ini.

PAC Parlimen akan mengadakan mesyuarat khas bersama MOSTI dan KKM sebelum laporan PAC dibentangkan di Dewan Rakyat dalam memastikan segala syarat perjanjian berkenaan dipatuhi, katanya.

“PAC Parlimen komited untuk membantu memberikan keyakinan kepada rakyat dalam mendapatkan vaksinasi COVID-19 supaya penularan wabak ini dapat dihentikan,” ujarnya lagi.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.