Khairy sedia lepaskan jawatan menteri jika diarahkan parti

326

5 JAN : Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sedia melepaskan jawatan sebagai menteri sekiranya diarah parti jika itu keputusan yang dibuat oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT).

Beliau yang juga Menteri Sains, Tenologi dan Innovasi berkata, sebagai ahli UMNO, beliau sudah tentu terikat dengan sebarang keputusan yang dibuat oleh kepimpinan parti.

“Kalau MKT (Majlis Kerja Tertinggi) UMNO sudah membuat keputusan dan arahkan ahli parlimen UMNO letak jawatan, sebagai ahli parti saya terikat dengan keputusan parti,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Hubungan di antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) semakin goyah, berikutan beberapa isu termasuk desakan UMNO supaya pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan segera.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini mengumumkan parti itu mahu bertanding semua kerusi Parlimen dan DUN dimenanginya pada PRU-14.

Manakala Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, semalam pula menyarankan BERSATU memberi tumpuan kepada kerusi dimenangi Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding pada PRU-15 bagi mengelakkan parti tersebut menggangu kerusi tradisi UMNO.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.