Covid-19: 8 lagi kematian, 2,027 kes baharu

191

5 JAN : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini merekodkan kes harian baharu sebanyak 2,027 kes, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 122,845 kes, manakala jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 22,887 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 16 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,011 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 509 kes (25.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 338 kes (66.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 428 kes (21.1 peratus) dan Sabah sebanyak 383 kes (18.9 peratus).

“Sebanyak 111 kes (5.5 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (64 kes), Kluster Tembok Gajah (43 kes), Kluster Tembok Choh (2 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (2 kes), “ jelasnya menerusi satu kenyataan media harian Covid-19 hari ini.

Sementara itu, beliau memaklumkan bilangan kes sembuh COVID-19 hari ini adalah sebanyak 1,221 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak99,449 kes (81.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).  

“Sehingga kini, terdapat 123 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 52 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan kes kematian COVID-19 melibatkan lima di Sabah, dua di Selangor dan satu di Perak pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 509 kes (0.41 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.