BN lantik Ahmad Maslan Setiausaha Agung baharu

155

5 JAN: Datuk Seri Ahmad Maslan dilantik Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) baharu berkuat kuasa serta merta mulai hari ini bagi menggantikan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Pengumuman pelantikan Ahmad dibuat oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan sempena perjumpaan khas bersama Ketua-Ketua UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia (WTC) sebentar tadi.

Ahmad yang juga Setiausaha Agung UMNO dilantik selepas Annuar dipecat serta merta dari jawatan itu berkuat kuasa hari ini.

Terdahulu, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan mengesahkan pemecatannya selaku Setiausaha Agung BN dan Setiausaha Muafakat Nasional (MN) berkuat kuasa serta merta mulai hari ini.

Bagaimanapun, Annuar kekal sebagai ahli UMNO dan jawatannya dalam Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.