Ahmad Jazlan letak jawatan Pengerusi MPOB

186

4 DIS: Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, hari ini, menghantar surat perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) yang berkuat kuasa, mulai 6 Januari 2021.

Ahmad Jazlan berkata beliau sudah menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali di pejabatnya, pada jam 4 petang tadi.

Berikutan itu Ahmad Jazlan mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Khairuddin kerana memberi kepercayaan sepanjang beliau berkhidmat sebagai Pengerusi MPOB.

“Saya juga menghargai segala kerjasama yang telah diberikan oleh ahli lembaga, pegurusan dam seluruh warga MPOB di sepanjang perkhidmatan saya bersama agensi ini.

“Didoakan semoga MPOB terus maju dan berdaya saing dengan membantu rakyat yang terlibat dengan komoditi sawit termasuk pemegang taruhnya,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Ahmad Jazlan dilantik sebagai Pengerusi MPOB berkuatkuasa mulai 8 April 2020 bagi menggantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang tamat kontraknya pada 31 Mac 2020. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.