Sembilan lagi kluster baharu libatkan enam negeri

32

3 JAN : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ni mengenal pasti sembilan lagi kluster baharu yang melibatkan negeri Sabah, Selangor, Johor, Terengganu, Kelantan dan Sarawak.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, sembilan kluster baharu itu ialah Kluster Lintas Seraya, Kluster Tapak Bina Perdana Avenue, Kluster Osmo Jaya,Kluster Belati, Kluster Wawasan Gading, Kluster Rengit Sentral, Kluster Manik, Kluster Paloh Tumpat dan Kluster Stutong.

“Kluster Lintas Seraya melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Penampang di Sabah. Manakala Kluster Tapak Bina Perdana Avenue melibatkan Petaling, Kluster Osmo Jaya pula melibatkan daerah Hulu Langat,kedua-duanya di Selangor.

“Kluster Belati pula melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai, Pontian, Kluster Wawasan Gading melibatkan Batu Pahat dan Kluster Rengit Cental pula melibatkan daerah Kota Tinggi, Kluang dan Johor Bahru di negeri Johor,” jelasnya menerusi kenyataan media harian Covid-19 hari ini.

Tambahnya, Kluster Manik pula ini melibatkan daerah Kuala Krai di Kelantan dan daerah Dungun di Terengganu dan Kluster Paloh Tumpat pula ini melibatkan daerah Tumpat di Kelantan, dan di Sarawak , KKM mengesan Kluster Stutong yang melibatkan daerah Kuching

Get real time updates directly on you device, subscribe now.