Mangsa banjir di Johor semakin meningkat

57

3 JAN : Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor dalam satu kenyataan hari ini berkata, mangsa banjir di negeri tersebut semakin meningkat dengan melibatkan 5,818 mangsa daripada 1,540 keluarga setakat 8 pagi tadi, berbanding sekitar hanya 1,780 mangsa dan 500 keluarga malam tadi apabila banjir di negeri tersebutkini menjejaskan tujuh daerah.

Pengerusinya, R.Vidyananthan berkata, dau daerah baharu yang terjejas banjir ialah Mersing dan Pontian selepas Kluang, Kulai, Batu Pahat, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Sebanyak 28 lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menjadikan keseluruhan 56 PPS beroperasi setakat pagi ini iaitu dua di Mersing, Pontian (satu), Kluang (19), Kota Tinggi (14), Johor Bahru (13), Kulai (lima) dan dua di Batu Pahat.

“Di Mersing, seramai 57 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan di dua PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tenglu dan SK Air Papan, pagi tadi. PPS SK Tenglu menempatkan 16 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Tenglu, manakala 41 mangsa daripada 10 keluarga dari Kampung Air Papan ditempatkan di PPS SK Air Papan.

“Sementara di Pontian, enam mangsa dari satu keluarga dari Kampung Ulu Pulai ditempatkan di PPS Dewan Masjid Kampung Ulu Pulai yang dibuka pukul 10 malam tadi,” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Setakat ini menurut Vidyananthan, lima PPS sedia ada merekodkan peningkatan jumlah mangsa dengan Kluang seramai 1,826 mangsa, Kota Tinggi (868), Johor Bahru (2,452), Kulai (581) dan Batu Pahat (28).

Katanya, laluan FT003 (Jalan Johor Bahru-Kota Mersing) kini ditutup kepada semua kenderaan berikutan ditenggelami air dengan kedalaman 0.2 meter.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.