Laluan LPT Gambang-Sri Jaya dibuka semula

59

3 JAN : Laluan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di kilometer 198 antara persimpangan bertingkat Gambang dan Sri Jaya, telah dibuka semula kira-kira 3.30 petang tadi.

Menurut ANIH Berhad dalam satu kenyataan, kesemua lorong di kilometer 198 itu telah dibuka kepada lalu lintas. Kesemua pengguna laluan tersebut diminta mematuhi arahan petugas di lokasi.

Orang ramai dinasihatkan agar mengikuti status dan perkembangan perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH Berhad iaitu twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.