ADUN Rembia Jailani Khamis sah masuk UMNO

6,242

2 JAN: Spekulasi berhubung Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis menyertai UMNO akhirnya dibuktikan benar.

Beliau yang Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan Melaka diumumkan sebagai Ketua Penerangan UMNO Bahagian Alor Gajah hari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Datuk Seri Abd Ghafaar Atan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian tersebut di Dewan Hang Kasturi, Selandar, Melaka.

Khabar angin tentang kemasukan Muhammad Jailani pernah berlegar sebelum ini namun beliau mengambil pendekatan berdiam diri.

Bekas pemimpin PKR itu bertanding mewakili Pakatan Harapan (PH) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau dan beberapa ADUN PH di Melaka seterusnya menyertai Perikatan Nasional (PN) sehingga menyebabkan PH tumbang di negeri itu.

Muhammad Jailani menjadi ADUN Bebas setelah PKR memecatnya pada Mei tahun lalu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.