Pemuda UMNO mesti berani perjuang suara rakyat

44

1 JAN: Pergerakan Pemuda UMNO mesti berani tampil memperjuangkan suara rakyat dan berdepan dengan realiti kesusahan serta kepedihan yang dihadapi mereka.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tindakan itu adakah selaras dengan dinamik politik yang sentiasa berubah.

“Pemuda jurubicara rakyat harus disemat dan harus terus membantu rakyat.

“Pergerakan Pemuda UMNO harus bersiap siaga perkukuhkan semua saf kepimpinan di semua peringkat dan bersedia berdepan dengan pilihan raya bila-bila masa,” katanya dalam perutusan sempena mesyuarat UMNO bahagian empat peringkat yang bermula hari ini hingga 3 Januari.

ASYRAF WAJDI DUSUKI
ASYRAF WAJDI DUSUKI

Beliau turut menyentuh persidangan UMNO tahun ini agak berbeza kerana parti itu kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Namun, Asyraf Wajdi mengingatkan semua pemimpin dan ahli UMNO bahawa kuasa tidak selama-lamanya berada di tangan mereka.

“Adakalanya kita berada di bawah dan adakalanya berada di atas. Semuanya bergantung kepada tingkah dan olah kita sama ada memenuhi tuntutan wahyu Ilahi,” jelasnya.

Beliau berharap agar Pemuda UMNO dapat terus menyuburkan dan menyalakan obor perjuangan parti.

“Kukuhkan saf perjuangan kita dan bergerak sederap ke hadapan serta memastikan kita sentiasa tampil relevan untuk berjuang demi Allah, kerana rakyat dan kerana kita cintakan negara ini,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.