Harga petrol, diesel naik mula tengah malam

1 JAN: Harga runcit petrol dan diesel di seluruh negara masing-masing naik sebanyak 4 sen dan 3 sen seliter mulai tengah malam ini sehingga 8 Januari.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan menjelaskan, harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM2.10 seliter kepada RM2.14 seliter.

Harga runcit petrol RON95 juga naik sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM1.80 seliter kepada RM1.84 seliter.

“Harga runcit diesel naik sebanyak 3 sen seliter iaitu daripada RM1.98 seliter kepada RM2.01 seliter,” kata kementerian itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.