Tingkat kesedaran pengundi muda banteras undi rosak

154

31 DIS: Majlis Belia Malaysia (MBM) akan melipatgandakan usaha meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengundi muda bagi menangani gerakan undi rosak menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presidennya, Jufitri Joha berkata, situasi politik semasa boleh menyebabkan golongan tersebut dipengaruhi gerakan undi rosak selain dakyah pihak tertentu agar mereka tidak mengundi.

Menurut beliau, MBM akan memanfaatkan masa yang berbaki sebelum pendaftaran automatik pengundi berumur 18 tahun dikuatkuasakan pada Julai tahun depan.

“Penting untuk anak muda melibatkan diri untuk mengubah apa yang mereka bimbangkan tentang politik dan ekonomi negara,” katanya dalam sidang media di Wisma MBM, Kuala Lumpur, hari ini.

Jufitri menambah, kira-kira 14.7 juta pengundi muda dijangka boleh mengundi sekiranya PRU-15 diadakan selepas Julai 2021.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, kesedaran mereka sebagai pengundi perlu dipertingkatkan sekiranya PRU-15 diadakan dalam masa terdekat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.