Sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini

90

31 DIS : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari inimemaklumkan sebanyak 49 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini iaitu Kluster Seruling (371 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (285 kes), dan Kluster Teratai (151 kes).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan,Tan Sri Noor Hisham Abdullah, terdapat sebanyak 511 kluster telah dilaporkan termasuk lima kluster baharu pada hari ini. Manakala jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 286 kluster termasuk tiga kluster yang tamat pada hari ini.

Mengulas mengenai lima kluster baharu yang dikesan KKM hari ini, Noor Hisham berkata kluster-kluster baharu itu melibatkan daerah di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Negeri Sembilan.

“Lima kluster tersebut ialah Kluster Jalan Galah, merupakan kluster  tempat kerja yang melibatkan daerah Klang di Selangor.

“Kluster Jalan Datuk pula kluster tempat kerja yang melibatkan daerah Titiwangsa, Kepong, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, daerah Klang dan Hulu Langat di Selangor, serta Wilayah Persekutuan Putrajaya,”katanya menerusi satu kenyataan harian Covid-19 hari ini.

Tambah beliau, Tiga lagi kluster iaitu Kluster Kampung Baharu melibatkan daerah Johor Bahru dan Pontian di Johor, sementara itu kluster tempat kerja Kluster Pekeliling melibatkan daerah Johor Bahru juga di negeri Johor.

Manakala, Kluster Jalan Rasah pula melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan serta Wilayah Persekutuan Putrajaya, ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.