Perisik Israel dibebas setelah lebih 30 tahun dipenjara

59

31 DIS : Perisik Israel yang dijatuhkan hukuman penjara selama lebih 30 tahun oleh Amerika Syarikat kerana didapati bersalah menyalurkan maklumat negara tersebut kepada Israel, telah dibebaskan dan selamat sampai ke Israel semalam.

Jonathan Pollard ditangkap pada tahun 1985, ketika bertugas sebagai seorang penganalisis di bahagian analisis tentera laut Amerika, dibebaskan apabila pihak berkuasa Amerika Syarikat menamatkan parolnya Selasa lalu.

Pollard dan isterinya, Esther terbang ke Israel dengan sebuah jet peribadi milik Sheldon Adelson, seorang bilionaire kasino dan merupakan penyokong kuat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Kepulangan Pollar dan isterinya disambut sendiri oleh Netanyahu di lapangan terbang Israel dan kemudiannya memberikan kad kerakyatan negara tersebut kepada Pollard.

Netanyahu dilaporkan berkata, Pollard kini boleh memulakan hidup baharu yang lebih bebas dan gembira.

Manakala Pollard pula merasa begitu teruja pula ke rumah setelah dipenjara selama lebih 35 tahun.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri Israel kerana membawa kami pulang,” ujarnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.