PAS-UMNO mesti elak bertembung sama sendiri

106

31 DIS: Piagam Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai antara PAS dan UMNO adalah untuk kepentingan Islam dan perpaduan orang Melayu tanpa menafikan kepelbagaian kaum, agama serta budaya lain.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pembentukan kerjasama jitu berkenaan penting bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“PAS dan UMNO memeterai Piagam MN adalah untuk kepentingan Islam dan perpaduan orang Melayu tanpa menafikan kepelbagaian kaum, agama serta budaya lain.

“Selain itu, ia juga untuk membentuk kerjasama jitu bagi mendepani PRU-15 dan mengelak pertembungan sesama sendiri yang akan menguntungkan pihak lain,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Terdahulu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, menegaskan mana-mana pihak tidak perlu meminta PAS memilih sama ada hendak bersama Muafakat Nasional (MN) atau sebaliknya.

Takiyuddin berkata, ini adalah kerana PAS adalah antara watak utama yang merangka dan berusaha menubuhkan MN atas dasar penyatuan ummah. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.