LHDN nafi ada akaun Tik Tok

102

31 DIS: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) menegaskan tidak pernah membuka atau memiliki sebarang akaun tik tok seperti yang tular dalam media sosial, baru-baru ini. 

Buat masa ini, bagi memudahkan komunikasi dengan orang ramai, LHDNM hanya mempunyai akaun rasmi media sosial seperti berikut:

i. Portal Rasmi : www.hasil.gov.my

ii. Facebook : facebook.com/LHDNM

iii. Twitter : @LHDNMofficial

iv. Instagram : LHDNM

v. Youtube : LhdnTube

Sehubungan itu, bagi mengelakkan identiti LHDNM terus disalahgunakan, satu laporan polis telah dibuat dan akan disusuli pula dengan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam waktu terdekat.

LHDNM turut ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab dalam setiap penyiaran (posting) di media sosial.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara)

“Orang ramai juga boleh melakukan laporan kepada HASiL Live Chat; dan borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas,” katanya. 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.