Dakwaan terhadap Sime Darby Plantation tak berasas

331

31 DIS: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) tidak bersetuju dengan tindakan drastik yang dibuat oleh Amerika Syarikat (AS) tanpa memberi peluang terlebih dahulu kepada Sime Darby Plantation Berhad dan anak syarikatnya untuk membuktikan bahawa dakwaan amalan buruh paksa yang dilemparkan mungkin tidak berasas sama sekali.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, insiden ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerajaan kerana tindakan serupa pernah dilakukan ke atas FGV Holdings Bhd (FGV) atas dakwaan yang sama dan telah disangkal oleh syarikat berkenaan.

Menurut beliau, ia tidak memberi kesan besar ke atas prestasi kewangan dan operasi syarikat itu malah, kerajaan AS telah mempertimbangkan petisyen untuk pembatalan Perintah Tahanan Pelepasan (WRO) ke atas FGV.

KHAIRUDDIN AMAN RAZALI
KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

“Dalam isu terbaharu yang melibatkan satu lagi syarikat iaitu Sime Darby Plantation Berhad (SDP), kementerian yakin mereka juga akan membantah dan menolak dakwaan tidak berasas tersebut.

“KPPK berpandangan bahawa pihak Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP) sememangnya berhak untuk mengeluarkan WRO ke atas eksport minyak sawit oleh mana-mana pihak ke negara berkenaan.

“KPPK mengakui bahawa pernah berlaku isu buruh paksa dan buruh kanak-kanak di sektor perladangan sawit negara, namun begitu, kes terbabit amat terpencil berdasarkan kajian yang pernah dilaksanakan pada tahun 2018,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Justeru itu, Mohd Khairuddin memberitahu hasil kajian ini juga telah dipanjangkan kepada Kedutaan Besar AS di Kuala Lumpur pada awal bulan lalu dan sentiasa memberi peringatan kepada pihak industri supaya lebih bertanggungjawab dan tidak terlibat dalam isu yang boleh menjejaskan ekonomi negara ini.

“Bagaimanapun kerajaan Malaysia melalui KPPK komited sekiranya tuduhan yang dibuat oleh pihak AS ini adalah benar, tindakan sewajarnya dan tegas akan diambil ke atas mana-mana syarikat yang terlibat dalam isu buruh paksa ini,” katanya.

Sime Darby Plantation dan anak syarikatnya turut menerima nasib yang serupa dengan FGV Holdings Bhd apabila minyak sawit dan produk minyak sawitnya dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS).

Tindakan itu diambil ekoran siasatan yang dilakukan oleh Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS (CBP).

Pengarah Eksekutif CBP, Ana Hinojosa mendakwa, hasil siasatan mendapati unsur buruh paksa seperti keganasan fizikal dan seksual, kawalan pergerakan, intimidasi dan ugutan, penahanan

Tiga bulan lalu, CBP turut mengenakan sekatan terhadap minyak sawit dan produk minyak sawit keluaran FGV atas dakwaan yang sama. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.