Nama MN sudah diguna pihak lain- Nik Amar

168

30 DIS : Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah mendedahkan bahawa proses pendaftaran Muafakat Nasional (MN) menghadapi sedikit masalah apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) memaklumkan nama berkenaan telah digunakan oleh pihak lain.

“Menurutnya,beliau difahamkan nama MN sudah ada dalam rekod pendaftaran ROS dan sekiranya MN mahu didaftar, nama tersebut perlu ditukar. 

“Saya difahamkan proses pendaftaran sedang dilakukan namun tidak dapat didaftar kerana nama itu sudah orang lain guna dan ada dalam rekod ROS. Saya tak tahu macam mana, tetapi itu yang saya difahamkan. Sebab itu kita tak boleh daftar, kalau nak daftar kena ada perubahan nama,” jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Kota Bharu hari ini.

Setakat ini menurut Mohd Amarlagi, masih belum ada sebarang cadangan terhadap perubahan nama gabungan muafakat antara UMNO dan Pas itu buat masa ini.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata pendaftaran MN akan memakan masa bagi memberi ruang pimpinan gabungan itu menyelesaikan kerja prapendaftaran.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.