Rakyat Malaysia positif COVID-19 di Singapura

38

30 DIS: Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan terdapat satu daripada 13 kes import positif COVID-19 di negara republik itu melibatkan lelaki Malaysia berumur 45 tahun.

Menerusi satu kenyataan dari kementerian tersebut, menerusi satu data penuh, kes yang dilabel 58, 774 itu melibatkan pemegang permit kerja yang tiba dari Malaysia.

“Lelaki itu bersama dengan sembilan lagi yang merupakan kes asimptomatik, dikesan menerusi saringan proaktif dan survelans, manakala tiga lagi simptomatik.

“Mereka telah pun dikenakan Notis Duduk Di Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura dan diuji semasa menjalani SHN atau tempoh pengasingan,” katanya.

Sehingga tengah hari semalam, Singapura melaporkan sejumlah 13 kes baharu, tanpa melibatkan sebarang kes dalam komuniti atau penghuni asrama, sekali gus menjadikan jumlah jangkitan di sini kepada 58,542.

Ahad lepas satu daripada lima kes import COVID-19 yang dilaporkan di Singapura disahkan melibatkan wanita Malaysia berumur 23 tahun yang menjalani SHN di sebuah hotel di sini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.