HRDF Ipoh tutup dua hari, kakitangan positif Covid-19

58

30 DIS : Pejabat Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) di Ipoh, Perak mengumumkan penutupan pejabat tersebut selama dua hari ekoran seorang kakitangannya disahkan positif Covid-19.

Penutupan pejabat tersebut adalah untuk memberi laluan kepada kerja-kerja sanitasi dan pembersihan.

Dalam satu kenyataan, HDRF memberitahu bahawa kakitangan tersebut kini sedang menerima rawatan dan kesemua kakitangan di pejabat itu akan menjalani ujian saringan Covid-19.

HRDF menambah bahawa mereka akan terus mematuhi polisi dan proses kawalan jangkitan serta mematuhi sepenuhnya langkah pencegahan, yang ditetapkan Kementerian Kesihatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.