Gempa bumi Croatia, rakyat Malaysia semua selamat

67

30 DIS: Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang menjadi mangsa gempa bumi di Petrinja, Croatia semalam.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra memberitahu, Kedutaan Besar Malaysia di Zagreb telah menghubungi rakyat Malaysia di bandar itu.

“Tiada rakyat Malaysia yang didaftarkan tinggal di Petrinja yang menjadi pusat gempa bumi,” kata Wisma Putra.

Sekurang-kurangnya tujuh mangsa dilaporkan terbunuh dalam gempa bumi berskala 6.4 Richter yang terletak 60 kilometer dari Zagreb.

Kejadian itu turut mencederakan kira-kira 20 orang serta memusnahkan banyak bangunan.

Wisma Putra turut menyampaikan ucapan simpati dan takziah kerajaan Malaysia kepada kerajaan dan rakyat Croatia khususnya terhadap mereka yang terkesan secara langsung akibat bencana itu.

“Malaysia sama-sama bersolidariti dengan mereka dalam waktu sukar ini,” jelas kementerian itu. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.