Dr Adham tinjau kelengkapan saringan Covid-19 KLIA

70

30 DIS : Datuk Seri Dr. Adham Baba hari ini meluangkan masa meninjau kelengkapan saringan COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau yang juga Menteri Kesihatan sempat melakukan tinjauan tersebut dan beramah mesra dengan petugas barisan hadapan di lapangan terbang antarabangsa itu sebelum berlepas ke Langkawi atas urusan rasmi.

Beliau melakukan tinjauan tersebut untuk melihat sendiri penguatkuasaan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), serta keperluan menambah baik kelengkapan kesihatan di KLIA.

Ini susulan perjumpaan beliau dengan Pengerusi Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir semalam, dalam membincangkan usaha untuk membendung pandemik COVID-19.

Menerusi hantaran di facebook Friends Of Adham Baba, beliau mengucapkan terima kasih kepada barisan hadapan negara yang bertugas dengan komited, untuk memastikan Malaysia bebas daripada pandemik COVID-19.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.