Pereka fesyen terkenal, Pierre Cardin meninggal dunia

150

29 DIS : Pereka fesyen Perancis terkenal, Pierre Cardin, meninggal dunia pada usia 98 tahun hari ini.

Kata ahli keluarganya, Cardin menghembus nafas terakhir di hospital di Neuilly di barat Perancis, lapor AFP.

Menurut kenyataan itu lagi, pereka fesyen itu meninggalkan ‘warisan kesenian yang amat unik’ melebihi bidang fesyen kepada Perancis dan dunia sepanjang hayatnya yang menghampiri satu abad.

Pierre Cardin dilahirkan dalam keluarga miskin pada tahun1922 berhampiran Venice, Itali, sebelum berpindah ke Perancis ketika beliau masih kecil.

Syarikat beliau juga merupakan syarikat fesyen pertama menandatangani perjanjian pengeluaran dengan Kesatuan Soviet pada 1978 ketika era Perang Dingin.

Beliau menjadi pereka fesyen pertama mengadakan pertunjukan fesyen di Red Square, Moscow pada 1991, yang mampu menarik lebih 200,000 tetamu.

Selain itu, beliau juga menjadi pereka fesyen Perancis yang pertama menjalin hubungan dengan China pada tahun 1979.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.