Pengerusi DAP: 2 pemimpin mungkin lawan Guan Eng

254

29 DIS: Lim Guan Eng mungkin berdepan cabaran dari dua lagi pemimpin DAP sekiranya beliau berhasrat untuk menyandang jawatan Pengerusi DAP yang bakal dikosongkan oleh Tan Kok Wai.

Kok Wai memberi gambaran tersebut dalam wawancara bersama Nanyang Siang Pau yang dipetik semula dalam laporan Malaysia Gazette hari ini.

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Cheras itu tidak mendedahkan identiti dua bakal pencabar Guan Eng.

Banyak pihak menjangka Guan Eng yang sedang berdepan tuduhan rasuah di mahkamah mungkin menggantikan Kok Wai sebagai Pengerusi DAP.

Spekulasi itu timbul kerana Ahli Parlimen Bagan itu telah mencapai had maksimum sebagai Setiausaha Agung parti tersebut selama tiga penggal.

Sebelum ini, pemimpin veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim pernah menggesa Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang supaya berundur dari tampuk kepimpinan parti itu setelah sekian lama mereka berkuasa.

Beliau juga berpandangan, mereka seharusnya memberi ruang kepada pemimpin-pemimpin generasi muda untuk mengetuai DAP setelah dibayangi oleh Kit Siang sejak 1960-an.

Walau bagaimanapun, Kok Wai mempunyai pendapat berbeza kerana orang-orang lama dalam DAP dikekalkan atas kehendak ahli.

“Jika ahli berpendapat pemimpin tertentu tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik, maka mereka boleh digugurkan dalam pemilihan parti,” katanya.

Berhubung usia Kit Siang yang agak lanjut, beliau memberi contoh pemimpin-pemimpin lain yang berkuasa pada usia emas seperti bakal Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden (79), bekas Presiden Afrika Selatan, mendiang Nelson Mandela (79) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (93).

Get real time updates directly on you device, subscribe now.