3 anggota tentera Perancis maut akibat letupan

87

29 DIS: Tiga anggota tentera Perancis terbunuh selepas kenderaan berperisai yang mereka dinaiki meletup di wilayah Hombori, Sahel, Mali.

Memetik laporan AFP, Presiden Perancis, Emmanuel Macron berkata, termasuk insiden itu, seramai 47 tentera Perancis terbunuh di negara tersebut sejak 2013.

Perancis menghantar tentera ke Mali untuk membantu pengusiran pejuang Islam yang menguasai sebahagian negara berkenaan.

Pejabat Presiden Perancis memberitahu, Macron memberi tabik hormat kepada tiga anggota tentera terbabit.

Beliau turut menegaskan tekad Perancis untuk terus memerangi keganasan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.