Pemulihan eksport negara makin kukuh

63

28 DIS : MIDF Research dalam satu kenyataan berkata, eskport Malaysia memperlihatkan pemulihan apabila terus kukuh pada November lalu di kala peningkatan semula kes Covid-19 di seluruh negara.

Tambah firma penyelidikan itu, eksport Malaysia telah meningkat dengan stabil sejak kejutan awal daripada pandemik pada April dan Mei, sejajar dengan penyambungan semula aktiviti ekonomi di seluruh dunia dan ini termasuklah mendapat manfaat daripada pemulihan China, rakan dagang utama negara ini.

Bagi tahun ini, semakan firma penyelidikan itu mendapati unjuran pertumbuhan eksport dan import negara masing-masing pada -2.5 dan -6.9 peratus.

“Sementara itu, pemulihan import agak perlahan, terus mencatat pertumbuhan negatif sejak Mei, terutama disebabkan prestasi lemah kedua-dua barang perantaraan dan barang modal yang menunjukkan bahawa kebanyakan pengeluar tempatan masih lagi kurang yakin,” katanya.

“Bagi tahun ini, import menyusut -7.0 peratus tahun ke tahun, jauh daripada unjuran awal iaitu -5.1 peratus tahun ke tahun.

“Sehubungan dengan itu kami menyemak semula unjuran pertumbuhan eksport bagi 2020 kepada -2.5 peratus tahun ke tahun, lebih baik daripada yang dijangkakan pada awalnya, dan unjuran pertumbuhan import kepada -6.8 peratus tahun ke tahun, menunjukkan prestasi lebih perlahan daripada yang dijangkakan sebelumnya,” jelasnya.

Bagaimanapun, bagi 2021, MIDF Research mengunjurkan kedua-dua eksport dan import akan melantun semula masing-masing kepada +5.3 dan +6.0 peratus tahun ke tahun, disokong oleh pemulihan perdagangan antarabangsa.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.