Polis serbu parti liar, 30 individu ditahan

157

26 DIS : Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menahan 30 individu termasuk warga asing kerana terbabit dalam satu parti liar yang diadakan di sebuah banglo di Genting Sempah, Bukit Tinggi semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis turut merampas beberapa jenis dadah antaranya Methamphetamine, ganja dan lain-lain dianggarkan bernnilai lebih RM3,740.

“Dalam serbuan pihak polis pada jam 4.45 pagi itu, seramai 17 lelaki dan 13 wanita dalam lingkungan usia antara 20 hingga 35 tahun ditahan.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati seramai 15 lelaki dan 10 wanita positif dadah jenis Methamphetamine, manakala seorang lagi wanita positif ketamine,” ujarnya dalam satu kenyatan hari ini.

Jelas beliau, kesemua 29 warganegara tempatan itu telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 seorang di bawah Akta 342 (Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

Zaiham berkata, penemuan dadah dalam serbuan tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 39a(1) ADB 1952 dan Seksyen 12(2) ADB 1952.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 6 ADB 1952, Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.