MN Selangor Akan Terus Diperkasa

153

26 DIS: Muafakat Nasonal (MN) Selangor bertekad untuk memperkukuhkan kerjasama antara UMNO dan Pas dengan pelbagai strategi dengan menjadikan perpaduan ummah sebagai platform yang utama.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata namun kesedaran dari pihak pimpinan Selangor mengenai amat diperlukan bagi meyakinkan ahli-ahli PAS dan UMNO di negeri itu yang merupakan rangka strategi ke arah memperkukuhkan kerjasama. 

“Semoga kepelbagaian kaum dan penganut agama terus memberikan sokongan usaha yang bersungguh ini.

“Yang lebih penting, Muafakat Nasional Selangor mahu pimpinan di setiap peringkat akan terus lebih kenal siapa kawan dan lawan dalam berpolitik,” katanya menerusi kenyataan di Facebook PAS Selangor, hari ini. 

Menerusi Facebook akaun PAS dan UMNO Selangor, kedua-dua parti itu mengesahkan telah mengadakan pertemuan pada malam tadi yang turut dihadiri oleh Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar selain Yunus.

Dalam pada itu Noh Omar memberitahu pertemuan itu bagi pihaknya dan PAS memperkasakan lagi MN di negeri itu. 

“Malam tadi kami duduk bersama berbincang dalam usaha memperkukuhkan gerak kerja Muafakat Nasional Selangor,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.