Jepun kesan kes pertama varian baharu Covid-19 UK

138

26 DIS : Lima individu dari Britain disahkan positif dengan jangkitan varian baharu Covid-19 selepas menjalani ujian saringan Covid-19 sebaik tiba di lapangan terbang Jepun semalam.

Sehubungan itu, negara tersebut mengesahkan bahawa ini merupakan kes domestik pertama jangitan varian baharu Covid-19 yang dikesan di negara itu, lapor Jiji Press memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Jepun.

Laporan itu bagaimanapun tidak mendedahkan kewarganegaraan lima individu berkenaan, namun dipercayai lelaki berusia 60 tahun itu adalah penduduk Tokyo, manakala tiga lagi individu yang tiba di lapangan terbang Kansai dipercayai menetap di Osaka.

Menteri Kesihatan, Norihisa Tamura, dalam satu sidang mendia berkata, kelima-lima individu itu telah dikuarantin dan berkemungkinan tidak menjangkiti orang lain di Jepun kerana jangkitan mereka dikesan di lapangan terbang.

Varian baharu itu dilaporkan 70 peratus lebih mudah menjangkiti berbanding virus asal, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Varian itu turut disahkan dikesan di Afrika Selatan.

Ekoran itu, Jepun akan memperketat sekatan kemasukan untuk pengunjung dari Britain dan Afrika Selatan bermula hari ini termasuk menggantung penerbangan ke Britain dalam tempoh seminggu.

Varian baharu coronavirus itu turut disahkan dikesan di Itali, Belanda, Denmark dan Hong Kong.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.